Khasiat Buah Kiwi

Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yang membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yang mudah.

Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

“Bagi sesetengah pengguna, nilai nutrisi mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu. Fakta mengenai kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh,” kata Pengurus Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson.

Menurutnya, buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

Tambahnya lagi, ketakutan warga seluruh dunia mengenai penyebaran wabak influenza H1N1 juga menyebabkan mereka lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan.

“Kini kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi,” kata Mathiesen.

Sementara itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr Norzita Mohd Yusof berkata, buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa.

“Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya,” katanya.

Menurutnya lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses.

“Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus,” ujarnya.

Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

2 responses to this post.

  1. Apakah khasiat dalam buah badam?

  2. Great post. I was checking continuously this blog and I�m impressed! Extremely helpful info specially the last part I care for such information a lot. I was seeking this certain information for a very long time. Thank you and best of luck.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.